Monday, June 30, 2014

Ramadhan Day 2 : Udang Masak Serai Wangi

Bahan-bahan: 


  • 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
  • 4 batang serai
  • 100 gm cili kering 
  • 100 gm bawang merah 
  • 100 gm cili merah 
  • 70 gm bawang putih 
  • 70 gm halia muda 
  • 3 sudu besar pati asam jawa 
  • 30 gm belacan bakar 
  • 100 gm pati santan 
  • Garam dan gula secukup rasa 


Cara memasak: 

1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda. 


2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair. 


3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat 


4. Masukkan pati santan dan udang. 


5. Masak hingga naik bau. 



p/s : Sedap makan dengan roti pita dan sayur salad segar dan tomato

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Day 1 : Ayam Panggang Madu

Bahan-bahan: 

  •    1kg kepak ayam 


  •    1 senduk besar minyak bijan 


  •    2 senduk besar madu (kalau u suka manis, tambahkan lagi ) 


  •     sedikit serbuk lada sulah (sesuka hati, siapa yang suka pedas,          tambahlah lagi) 


  •     sedikit garam secukup rasa


Cara memasak:


Gaulkan ayam bersama madu, minyak bijan, serbuk lada sulah & garam hingga rata. Perapkan semalaman atau lebih dan selepas tu, boleh lah dipanggang ayam tu

Monday, June 23, 2014

30 Resepi untuk Berbuka Puasa

RESEPI SEBULAN BERBUKA 

Menu:

1. Ayam Panggang Bermadu 
2. Udang Masak Serai Wangi 
3. Ikan Siakap Kukus 
4. Ikan Masak Berlada 
5. Ikan Kerapu Masak Asam Manis 
6. Ayam Masak Cendawan Ala Cina 
7. Pajeri Nenas 
8. Mee Hailam 
9. Ketam Bertelur 
10. Ayam Kepak Masak Minyak Bijan 
11. Nehari (Kari Kambing Kashmir) 
12. Ikan Tiga Rasa 
13. Ikan Pari Lemas!!!! 
14. Tandoori Kurau 
15. Tom Yam 
16. Nasi Ayam Hakka 
17. Mee Rebus 
18. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
19. Ayam Golek Seri Pahang 
20. Kari Kepala Ikan 
21. Black Pepper Steak 
22. Gulai Tempoyak Ikan Kembung 
23. Asam Pedas Tumis (Melaka) 
24. Soto Ayam 
25. Nasi Paprik 
26. Nasi Dagang 
27. Mee Bandung Muar (resepi asli Muar) 
28. Gulai nenas ikan kering orang utara 
29. Ayam Bercili masak ketumbar 
30. Ayam Masak Lomak Cili Api Nogori Style
 
All Right Reserved To Me. Full Edit By NabilaMedan.