Wednesday, May 23, 2012

Pasta goreng CItarasa Melayu | Cik Epal


Bahan-bahan nak buat pasta goreng ni senang je:

  1. Sos Cili (ni letak sikit je)
  2. Sos Tomato (ni letak banyak sikit, biar rasa masam-masam)
  3. Sos Tiram (suka hati nak letak berapa banyak. Agak-agak lah)
  4. Maggi Cukup Rasa (letak lah secukup rasa anda)
  5. Sepaket pasta 250g (tak kesah bentuk apa pon, tapi ni aku buat separuh je untuk satu family makan)
  6. Garam dan gula secukup rasa
  7. Cili Kering
Penyedian Bahan


: Cili Kering 
Cili kering. Rebus dulu pastu kasi blander. Blander lah sekali dengan SATU biji bawang besar dengan EMPAT ulas bawang putih. Bawang besar dengan bawang putih nak tumbuk pon boleh. Lagi sedap kalau tumbuk.



 : Daging cincang
Daging cincang Ramly. Agak agak lah nak guna berapa banyak. Jangan letak sepaket tu pulak. Banyak sangat tu. Sebab ni untuk setengah paket pasta je





: Additional Protein ( Protein Tambahan)
Seafood. Sotong kecik dalam 5 ekor. Letak udang pon lagi sedap. Sebab tak ada udang, aku ganti dengan crabstick.

Dua-dua tu crabstick sebenarnya. Ada yang potong panjang-panjang, ada potong dadu.
 



: Lobak Merah
Carrot. Potong panjang-panjang jugak. Nak potong dadu pon boleh. Tak nak letak pon boleh. Suka hati jer.




: Pasta
Pasta yang sudah di celur. Cara nak celur, letak air,pasta,minyak, dan garam sikit. Pastu celur dalam 8 minit. Angkat dan ketepikan.



Cara nya senang je. Campak-campak je semua bahan-bahan di atas.

1- Letak minyak, banyak sikit kalau boleh. Tumis cili kisar,bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau dan garing. 
Tumis lama-lama sikit bagi sambal tu pecah minyak. Atas api sederhana ye.Tumis tu jangan kejap sangat. Karang kejap sangat tak sedap. 


2-Then masuk kan sos cili, sos tomato (banyak sikit), sos tiram, gula dan garam secukup rasa.


3- Dah agak-agak pecah minyak, masuk kan daging cincang



4- Masak-masak lama sikit lepastu masuk kan sotong pulak. Agak-agak sotong tu dah masak, campak kan carrot pulak. Pastu campak pulak crabstick yang pelbagai saiz itu.


5-  Akhir sekali masuk pasta. Kacau punya kacau. Siap dah!!

Haaa senang kan? Pejam mata pon boleh buat. ecehhh. Pejam mata betul-betul karang, mahu terbalik pulak kuali.




Letak kan Timun untuk dimakan sekali.. sedap tau.. 


dah try dah ni.. mmg sedap kot.. CIk epal post and trus buat untuk mkn petang.. semua bahan kebetulan ada... tapi tukar sotong tu dengan ayam sbb tak campur dengan seafood..


sungguh sedap dan memang cita rasa melayu.








 
All Right Reserved To Me. Full Edit By NabilaMedan.