Thursday, February 16, 2012

Tips : Untuk mencuci muka dengan sempurna

oKep. . cara mencuci muka sangat sangat lah penting since kita kaan berdepan dengan cuaca yang kurang sehat kan? jadik marilah kita sma2 belajar cara cuci muka yang sebenar.

1. mula2 macam besa cuci muka dgn pencuci muka..ramai tau jg ba kan pencuci muka ni..byk d jual ni.

2. stim muka pakai wap air panas(campur Apple Cider vinegar/ jus limau) utk aroma & wap2 tu kan bfungsi mo kasi bersih lagi muka.

3. pakai mask(depends on U'r skin type) klu ada combination skin pakai mud mask d bhgn T-zone, yogurt d bhgn lain. tunggu sampai 10-15 mnt. lepas tu bilas muka pakai air besa jak.
4. stim lagi muka satu kali

5. scrub muka, jgn scrub muka d bhgn yg kering/ jerawat/bekas jerawat. yg ini 5-10 minit jak lepas tu bilas muka.

6. lepas tu sapu ais d muka (seluruh muka la lbh kurang) supaya pore atau lubang2 d muka yg tebuka masa d stim td kecut balik...atau guna gel mask yg sdh d simpan dlm peti sejuk(jgn simpan sampai keras)

7. last sekali, guna la toner ka, moisturiser ka...

p/s - buat salon ni 1 minggu skali jak.

ada satu lagi cara cam ni

1. Ikat rambut atau balutkan. Basuh muka menggunakan pembersih yg sesuai dgn jenis kulit muka. Bilas dgn air suam kuku & tekapkan muka dgn tuala utk mengeringkannya. Gunakan bebola kapas yg dicelup penyegar utk membersihkan sisa pembersih.


2. Sapukan penyental ketika muka masih lembap. Sental muka menggunakan pergerakan membulat & perlahan. Pastikan kita mengelakkan bahagian mata. Kemudian gunakan span & air utk membersihkannya.


3. Sebagai menggantikan wap, ambil tuala yg direndam ke dlm air panas (jgn terlalu panas), kemudian perah. Tutup muka dgn tuala tadi & ulangi apabila habanya mula hilang. Selepas itu bersihkan muka dgn menggunakan tisu.


4. Sapu pupur yg sesuai dgn muka. Jgn lupa bahagian leher & atas dada. Sebaiknya baring berehat selama 20 minit. Jika tak mahu membeli pupur, boleh juga buat sendiri. Resepi pupur buatan sendiri ialah dgn mencampurkan satu sudu kecil madu dgn minyak zaitun.


5. Selepas itu bersihkan pupur dgn air & span. Sapukan pelembap ke muka, leher & atas dada.. Pastikan kita berhati2 di bahagian kelopak mata & bawah mata.
 
All Right Reserved To Me. Full Edit By NabilaMedan.