Wednesday, October 1, 2014

my kitchen

hmmm dalam tempoh masa nak memikirkan cara upgrade dapur

1) Hood.. 
mahu kan hood dari elba.. laza price just :






2) Peti ais 






Monday, July 7, 2014

Ramadhan Day 10 : Ayam Kepak Masak Minyak Bijan


Bahan -bahan: 


  • Beberapa ketul kepak ayam/drumstick ke apa2 lah 
  • Sesame oil/Minyak bijan 
  • Serbuk lada hitam 
  • Fish sauce/Sos ikan 
  • Bawang putih 5 ulas ( Potong nipis2) 
  • Sos tiram 


Cara memasak:


1. Lumurkan ketul2 ayam tu dgn minyak bijan, sos tiram, sos ikan(jgn banyak sesangat - secukup rase). Campurkan bawang putih yg dihiris. Perapkan lbh kurang 1 jam. 


2. Sejam kemudian angk
at, taburkan serbuk lada hitam (terpulang ikut kepedasan). 

3. Panaskan oven, Masukkan dalam oven lbh kurang 30 minit. Setiap 10 minit hendaklah tambah sos ikan terhadap ketul ayam tadi. 

Ramadhan Day 9 : Ketam Bertelur


Bahan-bahan: 


  • 2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua. 
  • 3 sudu sos tiram 
  • 3 sudu sos cili 
  • 3 sudu cili yang dah diblend 
  • 7 ulas bawang merah 
  • 1 ulas bawang putih yang agak besar 
  • sepotong halia 
  • sebiji telur 
  • garam 
  • sedikit gula 
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • bawang besar 


Cara memasak:


1. Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya 


2. Masukkan secawan air 


3. MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit 


4. Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa 


5. Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul, 


6. Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul. 

 
All Right Reserved To Me. Full Edit By NabilaMedan.